Lelaki harus tau tentang perasaan perempuan
Andainya kamu tahu..
Andainya
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan
air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki
tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang
berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia
tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan
berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata
lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana
dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang
terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi
di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong
tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali
tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia
terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling
melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di
sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi teman hidup kamu..
1 komentar:
Buat laki-laki...sentuhlah ia tepat dihatinya, dan bukan pengertian yg mereka cari tapi fahamnya laki2 atas dirimereka....like
Posting Komentar